Wednesday, January 26, 2011

Sayang Seribu Kali Sayang....

Kisah seorang wanita yang berkemungkinan terkena sihir santau. Dengan Izin Allah saya ikhtitarkan dengan jalan dakwah. Setelah 2-3 kali rawat pesakit tak tahan. Dan dia minta supaya diikhtiarkan dengan cara lain. Dalam rawatan yang awal, saya guna teknik dialog dengan mahluk yang mengganggu, akhirnya saya pancung mahluk berkenaan. Tetapi penyihir masih lagi menghantar secara berteusan.
Oleh kerana pesakit terlalu lemah badannya semasa dirawat, saya membuat keputusan untuk membuat Yaasin tujuh mubin. Alhamdulliah dengan izin Allah SWT, pada Sabtu malam Ahad saya bersama ahli keluarga pesakit dapat menghabiskan Yaasin 7 Mubin dengan sempurna. Cuma pesanan saya agar pesakit dan keluarga dapat meneruskan 7 mubin hingga hari ke 40 sebagaiaman yang diajarkan oleh guru saya. Selang seharinya, pesakit memberitahu, sesak nafas, sempot dah hilang terus. Dan dia pun boleh tidur dengan lena, Semua tu, atas Izin ALLAH jua. Maka setiap petang jam 6.00 pm saya bertandang kerumah ibu beliau untuk sama-sama membaca 7 Mubin (ini kerana diri pesakit telalu lemah dan perlu dipimpin untuk membaca 7 mubin. Semakin hari semakin pulih dengan izin Allah. Pada hari Khamis, say pun masih hendak meneruskan 7 Mubin, tetapi kecewa kerana pesakit tak datang ke rumah ibunya... Jumaat, Sabtu, Ahad, saya out station ke Kuantan kerana berguru dengan Syeikh Wan Asrol (TIAF). Malang sekali pesakit telah tidak meneruskan amalan 7 Mubin, dan sebaliknya telah berjumpa bomoh.... Beritanya, pesakit kembali tidak boleh tidur, gatal badan, sering meracau, mengamuk dan sempot dadanya. Allahu Akhbar... saya sangat kesian, tapi apa boleh buat.. itu pilihanya, walaupun saya telah tarbiyah tetapi dia memilih bomoh... Ketahuilah saudara-saudara semua.... bomoh bukan penyelesaian... Ia menambah hura-hara... Apabila diadalam tubuh badan masuk sesuatu yang hak... maka bomoh akan memasukan unsur-unsur bathil dan syirik... ia menyebabkan pesakit tambah menderita... maka dengan rendah dirinya saya berundur dari merawatnya, sebab pesakit sudah tidak mahu bersam-sama membaca Yaasin 7 Mubin. Ya Allah, Kau bukakkanlah hatinya dan Engkau pandulah pesakit ini kejalan yang Engkau redhoi... Rawatan Islam memerlukan kesabaran, bukankha sakit itu menguji REDHOnya kita pada ALLAH SWT...????

No comments:

Post a Comment