Wednesday, January 26, 2011

Diganggu Jin Tok Pekong

Tepat jam 6.30pm. Saya dan rakan sedang membersihkan klinik kami. Tiba-tiba rakan saya sya kata "Omay..(nama kampung saya)... Din call, mintak tolong kat rumah Ah Chong, anak buahnya kena rasuk." Apa lagi Ah Chong ni kawan saya (dia ni Islam cuma panggilan kampung kampung Ah Chong). Saya pun bergegas dengan membawa beg rawatan memcut kereta ke rumah pesakit. Sampai halaman rumah, "amboi ramainya orang, ade kenduri ke ni" sebab rami orang dirumah berkenaan. Saya pun membaca Doa Penggerak dan Ayat Ilham. Bila saya masuk kerumah tu, kesian saya lihat pesakit, dia sedang meracau dan dipegang tak kurang dari 7 orang sambil memicit-micit dengan lada hitam.Itulah... bial kita tak tahu apa nak buat bila orang ada kerasukan. "Lepaskan dia... jangan pegang... lepaskan dia" saya mengarahkan semua yang hadir supaya jangn memgang pesakit. Dan saya terus campakan tasbih yang sering saya gunakan untuk zikir ke badan pesakit. "Aduiiiii.... aduiiii... jeritan pesakit. Saya pun mulakn dialog... kenape engkau ni... sakit... kalu sakit pergilah keluar.... mengacau buat ape..? Jin melawan... dan dia cube membuat lambang bersatu Syaitan (Ibu jari, jari telunjuk ditegakkan. Jari hantu dan jari manis digemgam, jari kelingking ditegakkan) dan menunjuk kearah saya. Nape ko ni... tanya saya. Nak lawan ngan aku... aku tak de apa-apa pun, aku tak kuat, Allah yang kuaty, Maha Berkuasa, ko nak lawan Allah ke...?? Jin tu pun.... diam terketar-ketar.. Dengar sini, ko kena keluar sekrang, jangan nak menyusahkan manusia.... Aku tak mahu keluar... dia hak aku... (suara tersekat sekat dan terlalu susah nak bercakap.. Saya pun terus dengan zikir Ya Mumit (Yang Maha Mematikan)dan membaca Ayat 33-34 Surah Al Maidah lalu jin tu pun menggelapar...
Pesakit mula sedar... dan saya kata rehat dulu.. nanti malam saya datang.
Jam 10.40 malam selepas habis merawat pesakit diklinik, saya tiba dirumah pesakit. Dia sudah pulih... (tapi saya agak jin tu masih ada saki bakinya)Pesakit kata " Besarnya tasbih ustaz tadi macam tasbih sami" Lalu saya tunjukan tasbid saya, kecik aje pun.. Eh.. tadi besar ustaz... Oh tu bukan awak yang tengok... jin... Sebab Allah suruh kita banyakan zikir ada kebaikannya. Maka saya mulakan rawatan... tetiba sahaja dia menangis.. dan lidah kaku ketika nak bercakap... tetapi dia bercakap sesuatu yang sukar saya fahami... dan saya ancam... Ko kena keluar, jika tidak Allah akan ko...setelah itu saya dan pembantu melaungkan Azan... Jin tu cabut lari... Besarnya fadhilat azan.... Kemudian saya peringatkan... dengan ajaran-ajaran agama kepada pesekit. Semua berlaku dengan Izin Allah jua. Yang menarik, sebelum kedatangan saya.. ada seorang yang cuba membantu tetapi "menganjal" kerana dia mungkin menggunakan bantuan mahluk halus. Sebab itulah, pergantunggan kita hanyasenya pada Allah SWT sahaja. Apabial saya tanya pesakit, pagi tadi kemana... dia kata Saya kekedai bunga beli bunga... nampak Tok Pekong (tempat sembahan orang Cina) macam lain pulak.. Dan dia menegur tok pekong sebab dia tak pernah melihat tok pekong dengan dekat. Lalu saya beritahu, apabnila kita melihat tempat ibadat orang kafir.. sebaiknya kita ucapkan "Lahaulawla..........Azdhim" Waullahu'alam.."

No comments:

Post a Comment