Thursday, February 3, 2011

Pengajian Rawatan Islam

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT. Walau dalam kesibukan saya luang juga masa untuk mengadakan Siri Pengajian Rawatan Islam secara bersiri dan berkitab. Ia untuk mendeahkan kepada Umat Islam bahawa kehebatan Al-Quran yang dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Ia amat sempurna dan banyak ayat-ayat syifa' yang boleh dijadikan "ubat" dengan Izin ALLAH SWT. Sebagaimana pesanan Rasulullah SAW "sampaikan walupun satu ayat, walaupun ianya pahit" Maka saya mengendalikan Kelas Rawatan Islam di Masjid An-Nur, Kg Ladang Batu pada setiap hari Rabu malam Khamis bermula selepas solat magrib. Moga Allah memberkati usaha murni ini bagi merapatkan dan bertaqarub kepada ALLAH SWT. Ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Ya Allah, pandulah kepada REDHOMU....