Saturday, October 8, 2011

Merawat Pesakit Non-Muslim

Atas kehendak Allah SWT, klinik saya didatangani oleh seorang Pemuda Bebangsa India beragama Hindu. Mempunyai jawatan penting parti di peringkat Negeri. Kata beliau, badan selalu sakit-sakit, tak boleh tidur malam, adakalanya pula tangan tak boleh diangkat lagsung. Maka saya memberikan syarat kepandanya setelah memberikan penerangan yang rawatan ini berdasarkan Ayat Al Quran. "You kena faham dan ikhlas mengakui bahawa Maha Pencipta segala-galanya dalah Allah SWT." "Saya faham bang, saya memang minat pada agama Islam" Maka saya pun memulakan rawatan. Sintom gangguan sihir amat jelas. setelah membaca ayat-ayat ruqiyah, pesakit mengatakan badannya makin panas. Maka saya mohon izin Allah SWT untuk mengarahkan jin dalam tubuh pemuda India ini keluar. Tetapi jin-jin itu berdegil dan melawan. Lalu saya berdoa " Ya Allah, sesungguhnya jin-jin dan syaiton yg berada dlm tubuh pemuda ini berdegil dan ingkar kepada Kalifah Mu ini, aku mohon kepada Mu untuk memberi pengajaran kepadanya (jin-jin) dengan membakarnya, Ya Allah." Seterusnya saya membaca surah Al-Fatihah, belum habis surah berkenaan dibaca, pemuda itu menggelepar dan pengsan.Jelas jin-jin berkenaan mungkin telah diterkena bahang api Allah SWT.

Dan terus sahaja saya tarik jin jin itu keluar dan memancung yang degil yang tidak mahu keluar dari tubuh. Setelah lebih 10 minit pemuda ini sedar.... saya berikan air ruqyah untuk minum dan mandian..... Moga-moga Allah membuka pintu hatinya untuk beliau menerima Islam sebagai agamanya.... Robbi Yasier Wala Tu 'Asyier Ya Kareem..